Monday, 2 June 2014

tugas utama seorang rasul

Para ulama' menyatakan bahawa tugas utama seorang rasul yang diutuskan oleh Allah bermula nabi Adam a.s. hinggalah nabi kita Muhammad s.a.w. 3 perkara iaitu : 

* yang pertama mengajar umatnya mentauhidkan Allah.

*kedua mengajar ummatnya syariat iaitu jalan yang perlu dilalui untuk menuju keredhaan Allah.

*ketiga mengajar ummatnya menghiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia. 

Hal ini tergambar melalui wahyu kedua yang turun kepada baginda nabi s.a.w., Allah berfirman di dalam surah al-muddassir ayat 1-5 :

يَأَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
1. Hai orang yang berkemul (berselimut),
O you who covers himself [with a garment],
قُمْ فَأَنْذِرْ
2. bangunlah, lalu berilah peringatan!
 Arise and warn
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
3. dan Tuhanmu agungkanlah!
And your Lord glorify
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
4.dan pakaianmu bersihkanlah,
 And your clothing purify
وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
5. dan perbuatan dosa tinggalkanlah,
And uncleanliness avoid


ayat 1 : Seruan kepada nabi s.a.w.

ayat 2 : Perintah menyampaikan ajaran Islam (warkah perlantikan Muhammad s.a.w. sebagai seorang Rasulullah)

ayat 3 : Misi pertama iaitu mengajak ummat baginda agar mentauhidkan Allah

ayat 4 : Misi kedua iaitu mendidik ummat baginda dengan syariat yang betul agar mendapat keredhaan Allah.

ayat 5 : Misi ketiga iaitu mendidik ummat baginda dengan akhlak yang mulia agar menjadi orang yang bermaruah dan disegani....

Sekian Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment